Welcome to Geng Duke Website

DUKECT = Duke Cycling Team
DUKERC = Duke Remote Control

Acara penutup bagi tahun 2010 di PCP.. Oleh kerana musim cuti sekolah sudah bermula.. DUKECT hanya dapat menghantar 2 org wakil..

Double H!!
HASAN & HAFIZ!

Acara bermula dengan pelepasan kategori wanita, junior dan veteran... Tepat jam 9.30 pagi, acara OPEN MEN di lepaskan.



Pada race kali ini, setiap rider harus membuat 3 lap.. iaitu 1 lap = 3.5.. bersamaan dengan 10km.. bkn calang2 rider yang dapat meng-"complete"kan race kali ini..

Tahniah kepada DOUBLE H.. kerana telah berjaya menghabiskan race kali ini. Amat membanggakan kerana ini adalah race pertama buat mereka berdua di PCP... Tahniah di ucapkan kepada DOUBLE H

Result :

Hasan - 11th Place
Hafiz - 27th Place

12.12.2010 Kuala Linggi, Melaka

Sememangnya Melaka dengan cuaca yg agak dapat membakar kulit rider-rider menyebabkan peserta Jamboree kali ini tidak sabar untuk beraksi. Kali ini, agak berbeza... Jamboree kali ini DUKECT menghantar hanya seorang wakil iaitu Hasan Karim. Selain daripada itu, Jamboree ini turut di sertai oleh rider-rider terkenal seperti Anuar Manan, Shahrin Amir, Shahrom dan ramai lagi.



Warm-up sebelum Jamboree

Gambar Kenangan bersama Team Bersekutu, E.T. Riders


Flag Off

Detik Garisan Penamat



Akhirnya, Hasan Karim telah mendapat tempat ke 9. Cita-cita yang di idam-idamkan oleh beliau selama ini. Tahniah Hasan daripada Team DUKECT. Kami turut bangga dengan pencapaian kau.

Bergurau senda dengan YB.


Tahniah sekali lagi HASAN.. DUKECT's IRONMAN!

Salam sejahtera semua, kali ini team DUKECT telah menghantar wakil seramai 12 org peserta utk jamboree kali ini.. kali ini Captain Firdaus sendiri yang mengetuai DUKECT.. atas sebab2 tertentu en.Faisal dan en.Peter tidak dapat menghadirkan diri untuk turut serta pada hari itu. kali ini DUKECT telah pun menghantar seorang wakil perempuan buat kali pertama menyertai jamboree, iaitu mrs.Kuman.. akak Linda.. memandangkan kami ada dua no plat kosong en.mohd Ashadi telah pun mengisi kekosongan itu..

banner DUKECT rilex jer duk sorang2 kat situ.. "lain beb"

ribuan terima kasih kepada cik zirah kita kerana menguruskan semua penyertaan BJJ kali ini.. tanpa beliau mungkin agak kucar kacir la sikit team hari tu hehehe... thanks zirah..
DUKECT bersama team sekutu E.T RIDERS (EXTRA TERANGKAT) tahniah semua..
sebelum bermulanya kayuhan pada pagi itu. inilah diantara wajah2 yang nampak bersemangat utk megcompletekan BJJ kali ini.. dari sebelah kiri mohd Ashadi, strike, akak linda, hasan karim, reza, capt, otai mazuan dan cik zirah kita.. time ni fido dan syahir masih tido kat kl lagi mereka lambat sampai 30minit selepas plag off..tu yg xde gmbr starting tu..

free style picture!! kasi tunjuk itu line kuning...lain beb!!!

dari kiri hasan, zirah, reza, mazuan, syahir, capt, ashadi, fido, din, kak linda dan bro kuman..
kat depan tu hadiah cabutan bertuah.. basikal kecil utk anak mohd Faisal, helmet utk capt, hasan dan kak linda.. tahniah semua..
di antara wajah2 rider DUKECT yang telah berjaya menamatkan kayuhan BJJ kali ini.. hasan karim..

Captain Firdaus..

wakil junior kita Izzudin

pecutan thaaji+madu Strike Fullbar.. ni pecut tgk medal ke tgk aweks tu bro??

firdaus rauf (fido) senyuman memandang finishing line

fulamak bro... SRAM X-7 tu bersilau2 la bro.. Reza

otai kita iaitu bro mazuan.. Ini la hadiah harijadi beliau (birthday boy) happy birthday bro.. ikhlas dari team kita DUKECT..
sementara menunggu Dr.Syahir sampai kegarisan penamat kami semua dah kelaparan lalu kami pun pegi la makan sampai terlupa nak ambil gambar Dr.Syahir semasa beliau sampai.. sorry bro xde gambar finishing..walau apa pun, tahniah bro cos dapat completekan kayuhan BJJ ni bro..

kerisauan kami akhirnya lega bila???..dan inilah saat2 yang ditunggu-tunggu akhirnya akak Linda dan bro Kuman pun sampai ke garisan penamat..
setelah berhempas pulas melawan kata hati yang nak chic. loop2 akhirnya akak linda dan bro kuman dan kesemua ahli team DUKECT telah pun menamatkan kayuhan BJJ 2010..inilah hasilnya kayuhan sejauh 43km untuk mendapatkan sebuah medal yg sangat berharga.. team member yang terawal sampai pada pukul 2jam 09minit di placing ke 15 dan yang terakhir lebih kurang 6jam di placing 15 dari belakang.. TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI2 DUKECT DAN SEKUTU E.T RIDERS KERANA MENAMATKAN KAYUHAN BJJ 2010 DENGAN SELAMAT TANPA TERJADI BENDA2 YANG TIDAK DI INGINI.. TERIMA KASIH SEMUA DAN JUMPA LAGI.. ASSALAMUALAIKUM.. terima kasih jugak kepada pihak penganjur BJJ kerana menganjurkan acara kali ini dgn penuh succes.. makanan, trail dah segalanya kelihatan teratur dan memuaskan para perserta..

ECC NIGHT JAMBOREE MELAKA 2010 Telah di sertai oleh captain Firdaus, otai mazuan, Strike Fullbar, faisal, FJ, syahir, hafiz, reza, izzudin, fido, Peter Dominic dan hasan karim... tidak lupa kepada zirah, safura dan moza selaku marshall dan jurufoto kita....

terima kasih kepada bro. Cito yang telah menyumbangkan yuran utk membuat banner pertama team Dukect.. pas ni sponsor apa lak bro??? hehehehe
kepada strike.. thank sponsor air gagoh (Thaaji)

ni antara wakil2 dukect yang menyertai jamboree malam ECC melaka tu.. semua nampak segak2 jer..

free pose dari team dukect sambil bergaya ngan jersey baru.. yang belum dapat jersey sila lah tempah melalui en.Strike..

antara gambar2 yang menarik telah digabungkan oleh juru foto kita cik Safura..thanks safura.. cantik gambar2 semua.. thanks jugak abg baju oren tu.. bro.Moza cos sudi join kami sambil amek gambar2 yang terbaik..

semangat LIVE STRONG dari hafis,otai mazuan, capt. strike, reza, fido dan hasan karim.. mana yg lain ni x sampai lagi..


ribuan terima kasih kepada setiausaha juga marshall team dukect kerana berkerja keras malam tu menyediakan barang2 keperluan team..

tidak lupa jugak cik. safura selaku juru foto dan marshall yang mengambil gambar2 terbaik utk team..thanks safura..

hafiz adalah salah sorang rider yang berpotensi yang akan menyertai team dukect dalam acara berbasikal kelak... tahniah hafiz dapat completekan event ni walaupun lama dah tidak kayuh offfoad.. caya la bro!!!

Firdaus Rauf (fido) tahniah bro.. dapat menamatkan kayuhan malam itu..usaha lagi bro.. kau bole buat lebih baik dari ini..

reza & faisal tahniah bro.. nasikal tu jgn lupa hantar servis hehehe.. reza: pas ni terus tukar XT..

otai Dukect bro. Mazuan.. bro.. mesti best layan trail ni pakai fork baru

tabik springgg dari strike setelah complete 45km ECC night jamboree.. ni mesti inject thaaji kat badan ni tukar steriod hehehehe.. tahniah bro..

tengok la rupa org kuat kita.. walaupun trail yang licin namun beliau mampu mengharungi dengan senyuman manis beliau.. brake V tidak menghalang beliau utk perform dgn cemerlang.. tahniah bro...

captain firdaus.. tahniah bro.. habis lunyai basikal capt.. pas ni kene improve lagi power tu capt hehehe

Giant tetap juara hahahaha... tahniah kepada bro Dzul... time downhill mesti selambe jer klu pakai FOX vs Giant hehehe

Izzudin adalah anggota Dukect yang paling muda.. tahniah junior Dukect.. buktikan lefty tu power hahahaha...

doc. tu atas kepala tu lampu utk cabut gigi ker bro?? hahahaha tahniah bro.. walaupun jarang2 training..

Hasan karim.. bole la... dapat no 16 dari 1500 org.. tahniah jugak kepada hasan.. next year buat top 10 lak...
sorang lagi yg aku tak jumpa gambarnya ialah FJ faisal Jamal..
tahniah jugak kepada FJ "biar lambat asal selamat"...
kepada yang mendapat rangking terbaik tu tahniah dan mesti berusaha lagi untuk menjadi lebih bagus.. kepada semua warga Dukect hidup la sukan utk team kita dan jugak negara kita!!!!
buktikan anda mampu lakukan apa saja yang orang lain mampu buat...

kali ini kayuhan kami berbeza dari yang biasa..
kayuhan bermula dari kedai mamak ayong yg bermula pada pukul 9pm seramai 9 orang rider2 tegar..
ni la simpang nak naik ke bukit dinding tu.. sebelum mendaki kami sempat la posing2 skit nak amek mood climbing.. untuk permulaan ujian mendaki amatlah susah kerana jalan terlalu terpacak sehinggakan 3 4 rider tidak sempat menukar gear lalu tergolek hahahahaha.. padan muka.. namun xde sorang pun yang cedera.. rider tegar la katakan..

ni check point pertama selepas mendaki jaran yang sangat mencanak2.. disini la tempat yg paling best utk ambil gambar kerana kita bole melihat kawasan KL dari bukit ini.. ala ala look out point la katakan

captain dukect bergaya dengan jersey baru dukect..

antara topik yang disembangkan semasa menunggu sweeper sampai..

bergaya dengan jersey baru masing2.. yang sorang tu pandang mambang dan sorang lagi sesat pakai jersey bank hehehe ..

dari kiri wakil rider jemputan elite rider dari team E.T RIDERS.. en.Najib(dah kawin) dan yang sebelah kiri tu biasa tuan doktor (dentist)

bak kata strike adik beradik BANK.. jersey pun mau sama SAXO BANK.. ni ada lagi sorang adik dorang ni bakal2 bank gak kot hahaha.. tiga beradik F..


sebelah kiri tu lampu neon di KL..

tukang gambar pun nak posing gak hehehe

sebelum memulakan kayuhan utk sampai ke check point kedua.. tetiba pulak tayar si FJ ni wat hal.. pancit la pulak.. FJ sebelum kuar rumah ada buat apa ker bro?? hehehe gurau jer FJ...

biasa la adat tayar pancit ni ramai yg suka menolong!!! tolong tengok hehehe.. nasib la ada si faisal dan si otai mazuan tlg pam kan tayar si FJ ni..thanks bro..

akhirnya kami sampai jugak di puncak bukit dinding ni.. ok semua senyum dan tahan peruttt....

biasa la juru foto pun mau interframe..

Fido ni tgh jadi model utk basikal ker utk signboard???

sempat la kami minum teh ais limau.. selepas melayan downhill yg sangat best... tapi amat bahaya klu x cukup lampu.. jumpa lagi semua.. selamat berkayuh dan selamat mencuba bukit dinding..

Ruangan cerita dongeng