Welcome to Geng Duke Website

DUKECT = Duke Cycling Team
DUKERC = Duke Remote Control

kali ini kayuhan kami berbeza dari yang biasa..
kayuhan bermula dari kedai mamak ayong yg bermula pada pukul 9pm seramai 9 orang rider2 tegar..
ni la simpang nak naik ke bukit dinding tu.. sebelum mendaki kami sempat la posing2 skit nak amek mood climbing.. untuk permulaan ujian mendaki amatlah susah kerana jalan terlalu terpacak sehinggakan 3 4 rider tidak sempat menukar gear lalu tergolek hahahahaha.. padan muka.. namun xde sorang pun yang cedera.. rider tegar la katakan..

ni check point pertama selepas mendaki jaran yang sangat mencanak2.. disini la tempat yg paling best utk ambil gambar kerana kita bole melihat kawasan KL dari bukit ini.. ala ala look out point la katakan

captain dukect bergaya dengan jersey baru dukect..

antara topik yang disembangkan semasa menunggu sweeper sampai..

bergaya dengan jersey baru masing2.. yang sorang tu pandang mambang dan sorang lagi sesat pakai jersey bank hehehe ..

dari kiri wakil rider jemputan elite rider dari team E.T RIDERS.. en.Najib(dah kawin) dan yang sebelah kiri tu biasa tuan doktor (dentist)

bak kata strike adik beradik BANK.. jersey pun mau sama SAXO BANK.. ni ada lagi sorang adik dorang ni bakal2 bank gak kot hahaha.. tiga beradik F..


sebelah kiri tu lampu neon di KL..

tukang gambar pun nak posing gak hehehe

sebelum memulakan kayuhan utk sampai ke check point kedua.. tetiba pulak tayar si FJ ni wat hal.. pancit la pulak.. FJ sebelum kuar rumah ada buat apa ker bro?? hehehe gurau jer FJ...

biasa la adat tayar pancit ni ramai yg suka menolong!!! tolong tengok hehehe.. nasib la ada si faisal dan si otai mazuan tlg pam kan tayar si FJ ni..thanks bro..

akhirnya kami sampai jugak di puncak bukit dinding ni.. ok semua senyum dan tahan peruttt....

biasa la juru foto pun mau interframe..

Fido ni tgh jadi model utk basikal ker utk signboard???

sempat la kami minum teh ais limau.. selepas melayan downhill yg sangat best... tapi amat bahaya klu x cukup lampu.. jumpa lagi semua.. selamat berkayuh dan selamat mencuba bukit dinding..

Ucapan tahniah kepada hasan karim, Firdaus Rauf ( fido ) dan Syahir Hassan kerana telah berjaya menamatkan dalam acara Sprint Triathlon di Desaru Johor sejauh 500 meter renang, 18km bebasikal dan 3 km larian..

ribuan terima kasih kepada Marshall kita iaitu Zirah dan Safura, tanpa mereka mungkin perjalanan kayuhan kita akan bertambah sukar..

kayuhan bermula dari Yong Advance cycle pada pukul 8am.. kayuhan ini di hadiri oleh rider2 tegar iaitu kapten firdaus, bro mazuan, strike, shahrin (Pujmac), Faisal Jamal, Hafiz roadie merida, abang2 comando, fido dido, abang yang pakai basikal Token carbon(sory bro saya lupa nama la ingat basikal jer), hasan karim dan Dzul venzo dan member(start kayuh dari batu 14)..

ujian mental pertama telah pun selesai iaitu mendaki bukit ampang/langat (look out point) hasan karim membuat rekod peribadi dengan kayuhan dari traffic light ke look point selama 9 minit dan fido dido mengambil masa 12 minit.. time ni semua masih bole senyum lagi hehehe

ni la detik2 yang paling best dan paling mental..puncak bukit hantu.. patut la orang memanggilnya bukit HANTU!!
selepas berjumpa dengan Dzul dan membernya di batu 14 kami terus saja mendaki bukit hantu di jalan sungai Tekali, yang bestnya kat sini.. kayuhan mendaki yang tak henti2 sampai puncak..bila mendaki kat sini nampak jer macam dah nak sampai puncak padahal jauh lagi hahahaha... siapa yang pernah kayuh kat sini dia tau la apa azabnya.. tapi best!!!.. shahrin kau tengah buat apa tu bro?? hehehe..

setelah penat mendaki bukit hantu kami pun berdesup2 melayan Down Hill sampailah ke Dam hulu langat di jalan sungai lalang.. sampai jer di sini penat ketika mendaki bukit hantu tetiba hilang.. permandangan yang amat indah dan menenangkan jiwa dengan udara yang segar di pagi hari..

setelah complete mendaki 3 bukit iaitu bukit ampang/langat, bukit hantu dan bukit langat/ampang semasa patah balik.. dengan cuaca yang agak panas terik hari kami tetap menghabiskan kayuhan kami .. kepada rider2 yang telah pun membakar kulit masing2 semasa kayuhan hari ini tahniah kerana anda semua hebat!!!!...
gambar lepak kat batu 18 akan di update ke FB.. kayuhan yong bicycle - bukit ampang/langat - batu 14 - bukit hantu - Dam hulu langat - batu 18(lepak makan minum) - batu 14 - bukit langat/ampang - yong bicycle 64km, tayar golek 2.30minit complete... terima kasih semua...





Salam semua.. kayuhan kaum hawa telah kembali atas permintaan kaum2 hawa DUKECT.. tujuan kayuhan adalah beriadah dan untuk meningkatkan stamina kaum2 hawa semua.. kayuhan bermula dari ESSO MRR2 pada 9.30pm dan berakhir dalam lingkungan 1am.. kayuhan sejauh 34km dari ESSO MRR2 - DUKE - Hartamas mamak ALI sebelah kedai basikal RODALINK.. bermakna khatam la semua kaum hawa kita utk DUKE highway.. kayuhan tersebut telah dijayakan oleh kaum2 hawa kita yang tegar iaitu ms.kuman(kak linda), zirah kono, safura dan cik Da.. Sweeper pada malam itu bro.Kuman, bro.Salleh dan friend, fido Dido, Dr.Syahir dan hasan karim..

DUKECT telah pun melahirkan seorang lagi atlit lari dan basikal (duathlete)


Dzul Ezwan adalah seorang rider tegar yang telah pun maju setapak kehadapan utk menjadi duathlete..saluttt!!!


larian yang agak ramai jugak penyertaannya yang mencecah 20k perserta dari merata negara terutama Malaysia dan Singapura.. masyukkk penganjurnya ia itu NIKE..

ini adalah catatan terbaik hasil larian Dzul buat masa ini dan beliau akan memperbaiki masa larian dari semasa ke semasa.. tahniah kepada Dzul dan selamat berjaya..
Dzul juga akan menyertai acara Duathlon yang akan datang.. good luck bro!! selamat berjaya..(skemanya ayat aku kali ini hahahahah)..



































kayuhan ini telah diketuai oleh kapten DUKECT sendiri iaitu kapt.Firdaus dan di sertai oleh Strike,Hasan,mohd Noh,Golok dan Azuree.. seperti biasa kayuhan kami bermula dari Shell MRR2 pada pukul 8.30am.. dan berakhir lebih urang pukul 12 tengah hari.. keadaa cuaca pagi tersebut sangat bagus kerana agak mendung.. allhamdullilah sepanjang perjalanan kami tidak ada perkara yg serius berlaku. jatuh2 tergolek tu biasalakan nama pun MTB.. trail pada hari tu pun sangat memuaskan kerana keadaan trail yang agak kering dan telah di perbaiki oleh penduduk tempatan kat sana kot.. kepada bro.Golok next time pg KFC aja la sekali hehehe ni pegi sorang2..









Seramai 25 orang telah menyertai kayuhan pada malam itu. tetapi fido,farhan dan safura hanya kayuh sampai bukit jalil sahaja.. dan 22 org lagi meneruskan kayuhan sampai tol putrajaya.. semasa perjalanan balik ada dua buah basikal telah pancit.. nasib la masing2 membawa tayar spare.. kepada semua yang menyertai pada malam tu kami (dukect) mengucapkan terima kasih.. next time kita repeat lagi beramai-ramai..












peta kayuhan..



kak Linda dgn muka yang bersungguh2 cayalah kak!!


santai sekejap sambil menghidu udara segar sambil bergurau senda mcm best jer!!!...




permandangan yang indah dari tepi jalan, jurugambar kita bro Kuman tapi dia sendiri pun xde gambar!!! apa da??
Kayuhan LEKAS sejauh 32km dari Tol Pajam - Tol Setul - Tol Pajam bermula jam 8am dan tamat pada jam 10am telah dijayakan oleh Linda, Zul dan Azly..



Nextime kita kayuh dari Tol Pajam - Tol Kajang - Tol Pajam sejauh 36km dan 90% flatroad dan bermula jam 7.45am..... to continued.....

baru2 ini DUKECT telah menghantar 3 orang wakil ke Desaru utk menyertai acara triathlon disana.. mereka ini adalah hasan karim, firdaus Rauf dan Dr.Syahir hassan.. ketiga tiga mereka telah pun menamatkan acara sprint dgn catatan masa 0.56.minit,1.09jam dan 1.17jam.. tahniah kepada mereka2 yang telah menamatkan acara triathlon tersebut.. kepada warga DUKECT terima kasih kerana memberi support kepada mereka..

Ruangan cerita dongeng