Welcome to Geng Duke Website

DUKECT = Duke Cycling Team
DUKERC = Duke Remote Control

Acara penutup bagi tahun 2010 di PCP.. Oleh kerana musim cuti sekolah sudah bermula.. DUKECT hanya dapat menghantar 2 org wakil..

Double H!!
HASAN & HAFIZ!

Acara bermula dengan pelepasan kategori wanita, junior dan veteran... Tepat jam 9.30 pagi, acara OPEN MEN di lepaskan.



Pada race kali ini, setiap rider harus membuat 3 lap.. iaitu 1 lap = 3.5.. bersamaan dengan 10km.. bkn calang2 rider yang dapat meng-"complete"kan race kali ini..

Tahniah kepada DOUBLE H.. kerana telah berjaya menghabiskan race kali ini. Amat membanggakan kerana ini adalah race pertama buat mereka berdua di PCP... Tahniah di ucapkan kepada DOUBLE H

Result :

Hasan - 11th Place
Hafiz - 27th Place

12.12.2010 Kuala Linggi, Melaka

Sememangnya Melaka dengan cuaca yg agak dapat membakar kulit rider-rider menyebabkan peserta Jamboree kali ini tidak sabar untuk beraksi. Kali ini, agak berbeza... Jamboree kali ini DUKECT menghantar hanya seorang wakil iaitu Hasan Karim. Selain daripada itu, Jamboree ini turut di sertai oleh rider-rider terkenal seperti Anuar Manan, Shahrin Amir, Shahrom dan ramai lagi.



Warm-up sebelum Jamboree

Gambar Kenangan bersama Team Bersekutu, E.T. Riders


Flag Off

Detik Garisan Penamat



Akhirnya, Hasan Karim telah mendapat tempat ke 9. Cita-cita yang di idam-idamkan oleh beliau selama ini. Tahniah Hasan daripada Team DUKECT. Kami turut bangga dengan pencapaian kau.

Bergurau senda dengan YB.


Tahniah sekali lagi HASAN.. DUKECT's IRONMAN!

Salam sejahtera semua, kali ini team DUKECT telah menghantar wakil seramai 12 org peserta utk jamboree kali ini.. kali ini Captain Firdaus sendiri yang mengetuai DUKECT.. atas sebab2 tertentu en.Faisal dan en.Peter tidak dapat menghadirkan diri untuk turut serta pada hari itu. kali ini DUKECT telah pun menghantar seorang wakil perempuan buat kali pertama menyertai jamboree, iaitu mrs.Kuman.. akak Linda.. memandangkan kami ada dua no plat kosong en.mohd Ashadi telah pun mengisi kekosongan itu..

banner DUKECT rilex jer duk sorang2 kat situ.. "lain beb"

ribuan terima kasih kepada cik zirah kita kerana menguruskan semua penyertaan BJJ kali ini.. tanpa beliau mungkin agak kucar kacir la sikit team hari tu hehehe... thanks zirah..
DUKECT bersama team sekutu E.T RIDERS (EXTRA TERANGKAT) tahniah semua..
sebelum bermulanya kayuhan pada pagi itu. inilah diantara wajah2 yang nampak bersemangat utk megcompletekan BJJ kali ini.. dari sebelah kiri mohd Ashadi, strike, akak linda, hasan karim, reza, capt, otai mazuan dan cik zirah kita.. time ni fido dan syahir masih tido kat kl lagi mereka lambat sampai 30minit selepas plag off..tu yg xde gmbr starting tu..

free style picture!! kasi tunjuk itu line kuning...lain beb!!!

dari kiri hasan, zirah, reza, mazuan, syahir, capt, ashadi, fido, din, kak linda dan bro kuman..
kat depan tu hadiah cabutan bertuah.. basikal kecil utk anak mohd Faisal, helmet utk capt, hasan dan kak linda.. tahniah semua..
di antara wajah2 rider DUKECT yang telah berjaya menamatkan kayuhan BJJ kali ini.. hasan karim..

Captain Firdaus..

wakil junior kita Izzudin

pecutan thaaji+madu Strike Fullbar.. ni pecut tgk medal ke tgk aweks tu bro??

firdaus rauf (fido) senyuman memandang finishing line

fulamak bro... SRAM X-7 tu bersilau2 la bro.. Reza

otai kita iaitu bro mazuan.. Ini la hadiah harijadi beliau (birthday boy) happy birthday bro.. ikhlas dari team kita DUKECT..
sementara menunggu Dr.Syahir sampai kegarisan penamat kami semua dah kelaparan lalu kami pun pegi la makan sampai terlupa nak ambil gambar Dr.Syahir semasa beliau sampai.. sorry bro xde gambar finishing..walau apa pun, tahniah bro cos dapat completekan kayuhan BJJ ni bro..

kerisauan kami akhirnya lega bila???..dan inilah saat2 yang ditunggu-tunggu akhirnya akak Linda dan bro Kuman pun sampai ke garisan penamat..
setelah berhempas pulas melawan kata hati yang nak chic. loop2 akhirnya akak linda dan bro kuman dan kesemua ahli team DUKECT telah pun menamatkan kayuhan BJJ 2010..inilah hasilnya kayuhan sejauh 43km untuk mendapatkan sebuah medal yg sangat berharga.. team member yang terawal sampai pada pukul 2jam 09minit di placing ke 15 dan yang terakhir lebih kurang 6jam di placing 15 dari belakang.. TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI2 DUKECT DAN SEKUTU E.T RIDERS KERANA MENAMATKAN KAYUHAN BJJ 2010 DENGAN SELAMAT TANPA TERJADI BENDA2 YANG TIDAK DI INGINI.. TERIMA KASIH SEMUA DAN JUMPA LAGI.. ASSALAMUALAIKUM.. terima kasih jugak kepada pihak penganjur BJJ kerana menganjurkan acara kali ini dgn penuh succes.. makanan, trail dah segalanya kelihatan teratur dan memuaskan para perserta..

Ruangan cerita dongeng